27 November 2008

Penatnya hari ni....Bestnya Tomyam Tu


Today is a tiring day...too many list to do.... 1). Check my outstanding balance personal loan and seattle it. 2). Take my policy insurance at EON bank 3). Go to JPJ at Bundusan Penampang to take my roadtax and change the ownership of my car after i've settled the hire and purchase loan....and finally i'm very tired and feel very hungry...


After i've settled all those things at JPJ then i realize that i'm not quite familiar with the bundusan road. Too may road making....i turn left after i went out from JPJ then around 1 km...i see a shops lot on the my right..some of them are Jothi's Curry House and Tomyam Thai Restaurant....

The Tomyam Thai Restaurant is just an ordinary restaurant, i don't know whats attract me? Ok...i've ordered Nasi Kosong. TomYam Sefood, Telur Masak Beefstick and Tembikai Susu. The food is marvelous i tell you...kawan-kawan don't forget to try the tomyam at there ok...who ever have try tomyam at KL, your realize it is the same..the timun and belacan is so great too...


22 November 2008

Planning For A Financially Secure Marriage



Some married people would joke that there are three “Rings” in marriage – the Engagement Ring, the Wedding Ring and the Suffer-Ring! Ouch! How did that “ring” ever get onto our finger? Statistics have shown that one of the root causes of marital problems revolves around money. Just imagine if one individual can’t manage his finances well, what more when you put the two together (along with a few more juniors!)

Let’s Talk…

Are you a saver while your spouse is a spender? Coming together from two separate worlds, we may have our own ideas and feelings about money. We should sit down with our spouse to discuss how we regard and use money – be it how many pairs of shoes you “need” to buy to how many packs of cigarettes you smoke per month. Be honest about all debts and loans, especially if you have any outstanding credit card loans or the number of Ah Long “friends”! Being opened with your finances, you can be difficult but it’s better to share that information now than face surprises later. Talking about money early in your marriage may save you a lot of heartache.

Tying the Financial Knot

When we tie the knot, we have to ensure that our own financial knot is not entangled. It would be wise to be clear on each other’s roles and responsibilities pertaining to household finances. For example, who is going to pay the bills, save for children’s education and pay those monthly loan installments? It is also very important to decide on the issue of parental allowance as both parties have to agree on giving an acceptable amount to parents on both sides. Ideally, if both the husband and wife are working, they should maintain at least 3 accounts – “My Account”, “Your Account” and “Our Account”. This would allow each party to maintain some independence over their personal purchases while contributing their fair share towards joint expenses. Having a combined Cash Flow Statement showing “His”, “Her” and “Our” income and expenses, may be a good idea.

Another area is on the treatment of each other’s assets and liabilities. If a marriage starts on a clean sheet of paper, then both of you could still decide later on – either in joint names or in either party’s name. However, if the union comes with “excess baggage”, then the couple would need to be clear on how to deal with their existing personal assets and liabilities. Are they going to combine them or treat them separately as their own responsibilities? Very often, couples tend to carry over their liabilities into their marriage and that may be the bone of contention later on in their married life. Having a combined Net Worth Statement showing “His”, “Her” and “Our” assets and liabilities, may prevent any arguments.

Peace of Mind

Another very important area that should be looked into is Life Insurance. It would almost be a necessity to have sufficient coverage when we get married and start a family. This is because we are no longer living for ourselves anymore but also for our loved ones. Are we to leave our spouse and children in dire financial distress should something unfortunate happen to us? Life Insurance ensures that our dependents can pick up the pieces and carry on living with some measure of financial comfort. They need not worry about where the money coming from or whether they would still have a roof over their heads.

For those who already have some life insurances, it is advisable to review your benefits. You may need to drop some coverage if your spouse’s plan covers the family or perhaps enhance them to include your family. It is also advisable to update your beneficiaries if necessary. Ultimately, we want to optimize our benefits to be able to walk down the aisle with peace of mind.

Plan Your Financial Future Together

After reviewing what you have and expressing your feelings about money, you can now start planning your financial future together, which in essence is planning your life together as husband and wife. The other area may be your love nest. Where is it going to be? When is it going to be? Will it be landed or a “space in the air”? If landed, will it be single or double-storey or perhaps a semi-D or your very own bungalow? Property cost may be the single largest family expense and both of you have to manage your expectations.

The second thing may be children. Those bundles of joy may need bundles of cash too! It’s not too far-fetched to say that we may need as much as One Million Ringgit to raise a child in the future as a big chunk of it goes towards their education. Therefore, if the both of you decide to have a football team, then you’ll really need to sit down and start planning!
Last but not least, one of you may decide to quit job after marriage to concentrate on building a family. That’s not a bad idea but this topic should be discussed as early as possible to better prepare yourselves. Both of you have to agree on who’s going to be the “Finance Minister” and who’s going to be the “Home Minister”. It may be gradual (like going from full-time to part-time) or it may be immediate but the decision should not give raise to financial predicament.

Living Happily Ever After…

Marriage is just not a word; it’s a sentence… a life sentence! As you enter into this new stage of life, remember to review your finances together regularly as both of you will be taking a long journey together as man and wife. While Love is important, Money is a necessary ingredient towards a blissful marriage. So, start Planning for a Financially Secure Marriage so that we too, may one day have a fairytale ending: “… and they Lived Happily Ever After…”!




When Its Come To Money.......

Kredit to: http://www.akpk.org.my/Articles/

Apa itu Bajet?

Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda (ha, seronok bukan?). Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi duit yang anda miliki dengan duit yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda putuskan pada apa yang anda akan belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.

Pelan anda berdasarkan pada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yang mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi anda (atau poket anda!). Bajet anda diasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.

Mari kita lihat beberapa contoh:

MATLAMAT

Memiliki sebuah Kereta
Memiliki sebuah Rumah
Berkahwin
Perniagaan sendiri
Memberikan pendidikan yang baik untuk anak
Pencen dengan selesa
Bersedekah


KEPERLUAN

Makan Minum
Tempat Tinggal
Pakaian
Masa berkualiti dengan keluarga
Kereta/Motosikal
Telefon mudah alih
Komputer




KEHENDAK

Makan malam yang mewah
Banglo seperti-rumah peranginan
Pakaian mahal berjenama
Percutian mahal
Kereta mewah
Telefon canggih yang terkini
Komputer yang tercanggih
Dan lain-lain lagi...




Seperti yang anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar untuk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih daripada makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian. Seorang juru jual mungkin akan melakukan kerjanya dengan lebih efektif dengan sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien!). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal dan penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu!), begitu juga dengan komputer. Namun, terdapat kereta yang berharga RM30,000+, sementara ada juga yang RM300,000+; telefon mudah alih yang berharga RM100+ dan yang lain berharga RM1,000+ dan komputer yang berharga RM1,000+, sementara yang lain sehingga RM10,000+!
Kita cuma Perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah untuk membezakannya sekarang???

Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?

Sesiapa yang ada pendapatan dan perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran yang diperlukan untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dapat mengelak daripada masalah kewangan dan capai matlamat anda dengan lebih mudah.

Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Bajet?

Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan dan Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insuran. Perbelanjaan yang lain adalah Pemboleh Ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air dan elektrik, pakaian atau hiburan.

Kemudian, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan duit anda sekarang. Anda boleh buat begini dengan menulis apa yang anda beli dan berapa yang anda belanjakan. Ini akan mengambil masa dan usaha tetapi ia bermanafaat kerana, ia akan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan duit anda. Jangan terlalu terkejut dengan apa yang anda pelajari tentang diri anda dan duit anda!

Untuk 30 hari seterusnya, setiap kali anda berbelanja, catatkannya dalam buku perancangan (gunakan Excel spreadsheet, jika anda pandai teknologi), berapa yang anda belanja dan ke mana anda membelanjanya. Apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah/membayar zakat, malah membeli nasi lemak kegemaran anda daripada gerai makcik depan rumah anda, semuanya perlu dicatat.

Di hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum di bawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang anda telah belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak duit yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata. Babitkan anak-anak anda juga kerana latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka tetapi, ia juga mendedahkan kepada mereka tentang konsep berbajet (namun satu amaran: mereka akan tahu bila masa yang terbaik untuk meminta permainan baru mereka!).

Bagaimana Saya Hendak Memutuskan Di Mana Untuk Berbelanja?

Dengan melihat semula spreadsheet/carta anda yang sudah siap, anda dapat melihat ke mana duit anda dibelanjakan. Membincangkan carta anda dengan kauselor atau dengan seorang yang anda kenal, yang mengurus duit dengan baik, adalah tindakan yang bijak.

Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan duit padanya untuk hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan. Perbelanjaan lain mungkin termasuk, membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak anda. Ini pula adalah kehendak. Walaupun anda mungkin gemar membelanjakan duit cara ini, sebenarnya anda boleh hidup tanpanya.

Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:

Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?

Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?

Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?

Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?

Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?

Sekarang, setelah anda mengkaji carta anda dan membincangkan soalan di atas, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi anda. Catatkan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh: RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan dan sebagainya.

Cuba tetapkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh matlamat jangka pendek: hadkan duit untuk makan minum kepada RM10 sehari, naik bas/LRT daripada memandu ke tempat kerja dan baca surat akhbar (jiran anda) untuk mencari hiburan keluarga secara percuma. Contoh matlamat jangka panjang: simpan RM1,000 untuk membeli peti sejuk baru (model yang jimat tenaga dan mesra alam adalah ideal!), melangsaikan hutang atau mungkin berpindah ke kawasan perumahan baru (atau setengah orang mungkin berkata, balik kampung!)

Bagaimana Saya Dapat Mematuhi Bajet?

Ini adalah bahagian yang mencabar! Ia akan memerlukan latihan dan disiplin diri untuk mematuhi bajet anda. Hanya anda seorang saja yang boleh mematuhi perancangan anda. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh membantu anda terus mematahi bajet anda:

Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.
Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Anda cuma mahu jadikan ia tabiat.
Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah. Semasa anda membeli-belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.
Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan pasar lambak. Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan.
Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit anda!
Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan.
Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. (Tip: mungkin “buku kecil 555” amat berguna!)
Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.


Bilakah Perlu Saya Ubah Bajet Saya?

Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ia mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah-laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja! Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan anda dan keluarga anda. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.

Akhir sekali, sentiasa ingat untuk “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup”

1 Borneo



For the first time after 1 year i've been driving past 1 Borneo every weekend to UMS and only now i step on it with my mom looking for Court Mammoth to pay for my furniture and sambil-sambil to window shoping lah....

My mom and I just looking-looking around ndak tau apa yang kami mau cari. Actually sudah plan mau pegi Court Mammoth but suddenly its all dissapeared kerana terpegunnya melihat barang-barang yang cantik and quite expensive. So to all my friends out there, kalau terasa mau beli barang-barang mcm kain, baju dan yang sewaktu dengannya, tetapkanlah bajet dulu and rancanglah perbelanjaan anda.


Just look at it, memang terasa mcm di One Utama or Mid Valley kan? Mula-mula sampai sana, my mom and I looking for tempat makan, perut pun sudah nyanyi lagu dangdut. Banyak sangat fastfood restaurant tapi my mom mau makan nasi, dia bilang lagi bikin kenyang. So kami jumpa lah ni apple cafe....kami orderlah nasi dengan 2 jenis lauk untuk setiap orang dan air suam..and its all cost at RM9.00...so kawan-kawan mcm mana? rasa-rasa mahal kah? oklah jugak harga dia kan?



Ok, next destination. Saya selalu nampak starbuck ni di kl and now sudah ada di kk. Memang terasa sangat mau minum coffee dia. So saya pujuk-pujuk my mom minta tolong belanja minuman di starbuck ni....and.....mau tau apa yang saya order. Frapucinno with cheery and its cost RM 16.80 . Mahalnya.......tapi sebab mau rasa macam mana coffee dia beli jugaklah. My mom saya cakap, "mahal jugak kopik ko ni, mahal dari makan tengahari kita".....apa boleh buat mom..mau rasa kan. (Moral of the story, mamak mamak yang ada di luar sana, kalau window shopping jangan bawa anak perempuan mcm ni...hehehehhe)
Oh ya...saya jumpa Dzuhriah and family dia jugak masa tu....I'm sorry Dzu ndak dapat attend wedding ko on 27th...saya di KL masih jumpa my hubby....Tapi the present wedding jangan ko risau k. Mesti ada....name it? heheheheeh....
The last destination is.....Giant!!!!!!!... di sinilah saya and my mom beli beberapa helai baju dan seluar for my sister, my mom and me.....Pasal mau bayar court mammoth tu memang kami lupa sudah...I'll pay it on Tuesday lepas gaji...heheheheh. Gaji sudah bah on 25th tu...So...kawan-kawan have fun on your holiday.....



21 November 2008

Full House...

Disebabkan rasa best sangat tengok drama ni, saya pun letak lah dalam blog ni. Siapa-siapa yang belum tengok tu carilah-carilah vcd/dvd cerita ni k. Memang best untuk release tension dan untuk tontonan seisi keluarga....

Saya memang jarang tengok cerita korea bersiri ni, member-member semua cakap saya sudah ketinggalan tengok cerita ni tapi ndak kisahlah yang penting sudah tengok dan kita puas hati kan....

Hari Khamis kelmarin saya dengan member pegilah Wisma Merdeka cari kek dan hadiah untuk birthday adik saya si yunyun...kebetulan di Wisma tu ada jualan untuk pungut derma. Barang-barang yang dijual semua dari Korea. Dan penjual-penjual tu pulak semua dari Korea. Terasa berada di Korea pulak masa tu....antara barang-barang yang dijual seperti baju, buku-buku, cd, makanan korea ceperti kimchi dan sushi dorang....terasa mau beli tapi takut ndak halal. Saya pun ada beli satu, dan barang yang saya beli tu adalah tali skipping dengan harga RM2.00 heheheh...cantik bah tali skipping tu warna-warni lagi tapi yang paling mahal tu adalah tali skipping tu sudah naik flight dari Korea....Memang nampak banyak barang-barang second hand but still in a good condition....so sesiapa yang berada di Sabah jangan lupa datang ke Wisma Merdeka k. Ndak tau pulak sampai bila dorang di sana....
Mari belajar bahasa korea......
[ Ne.(ye.)]Ya.
[Anio.]Tidak. (Bukan.)
[Yeoboseyo.]Halo.
[Annyeong-haseyo.]Apa kabar.
[Annyong-hi gyeseyo.]Selamat tinggal.
[Annyeong-hi gaseyo.]Selamat jalan.
[Eoseo oseyo.]Selamat datang.
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]Terima kasih.
[Cheonmaneyo.]Kembali. (Sama-sama.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]Minta maaf. (Mohon maaf.)
[Gwaenchansseumnida.]Tidak apa-apa.
[Sillyehamnida.]Permisi.

20 November 2008

Happy Birthday Yun....

Selamat hari jadi adik ku Yunyun....
- jangan nakal-nakal..
-belajar rajin-rajin, tahun depan ko UPSR sudah
-Jangan terlampau tinguk kartun..
-Alice Academy tu untuk cuti sekolah tahun ni jak ah....
-dengar cakap abah, mami, kakak sama abang...

WE ALL LOVE YOU


19 November 2008

Bacalah wahai suamiku,,,,,

ISTERI MERUPAKAN AMANAT ALLAH YANG HARUS KITA PELIHARA & KITA DIDIK. JALAN YANG DIIKUT LURUS JIKA LURUS TUNJUKNYA ... OLEH ITU BERSABARLAH WAHAI SUAMI-SUAMI ... DALAM MEMBERIKAN TUNJUK AJAR & BIMBINGAN, JANGAN KITA ALPA & EGO. JANGAN MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN KERANA TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA. YA ALLAH SEMOGA ORG NI MENDAPAT KEBAHAGIAN YG SEPATUTNYE DI DUNIA DAN AKHIRAT SUPAYA RAMAI LAGI UMAT KITA YG DAPAT DIBENTUK SEPERTI INI YE...


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.

Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.

Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'.

Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkannya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.

Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana? 1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati. 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda. 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya.

Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.



Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.



Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang Tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Peluk Isteri Boleh Panjang Umur...

PETALING JAYA 16 Julai - Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``

Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


Suami ku......


Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, "

Friends....

Exam Oh Exam.....

Macam mana mau belajar ni? Start belajar jak mengantuk, belajar jak start sudah mengantuk. Tapi terang pulak biji mata ni kalau blogging (heheheheh).
Ahhhhhhh...mcm mana ni?


Tengah cari-cari jalan mcm mana mau dapat motivasi belajar ni kan? saya terlink pulak pegi website ni http://www.motivasibelajar.com/ check it out kawan-kawan. Jangan lupa k. Siapa-siapa yang bergelar guru website ni memang bagus..penulis dia Osman Affan, penceramah motivasi...


Good luck to myself and u all........AJA- AJA FIGHTHING !!!!

18 November 2008

Cikgu...cikgu....


Hari ni 18.11.2008.....masuk kursus ambik cikgu emm...01.01.2003....dipanggil cikgu secara rasmi 02.01.2004....berapa lama suda saya jadi cikgu ya???
19.11.2008
Setelah dibuat perkiraan keadaan, hari ni cukuplah 4 tahun dan 323 hari saya bergelar cikgu secara rasmi...ada dalam 42 hari lagi cukup 5 tahun....
Apa yang sudah saya dapat dalam tempoh hampir 5 tahun ni? Student pertama saya tingkatan 1 tahun 2004, mereka tahun ni sudah berada di tingkatan 5 dan mengambil SPM. Cepat kan masa berlalu?, terasa tua la pulak.
Sepanjang kerjaya menjadi cikgu ni apa yang sudah saya perolehi
1. Kereta Perodua Kelisa saya yang ada 5 tahun lagi mau bayar...
2. Further study in Master Education yang Insya Allah by next year dah habis....
Ini saja kah.....?
Saya harap tidaklah setakat yang dua di atas tu jak. Banyak lagi rasanya...
3. Pengalaman (banyak ni..)
4. Bantuan kepada orang tua dan adik-beradik
5. Kematangan fikiran ( Yakahhhhhhhhhhhh??????)
6. Jadi isteri orang...(heheheheh)
7. Suka duka percintaan....(uhuk uhuk uhuk...)
Adakah semua ni sudah dapat membentuk saya menjadi manusia, guru, isteri, anak, kakak yang lebih baik?
Tidak rasanya kan...selagi seorang manusia tu bergelar manusia, selagi tulah perjalanan hidup dia akan terus mematangkan hidupnya dan akan menjadikan dirinya lain daripada yang semalam...

Muslim Yoga

Interestingly, for the millions of people enrolled in yoga classes, the Islamic form of prayer has provided Muslims for fourteen centuries with some of yoga’s same (and even superior) benefits. This simple form of “yoga” offers physical, mental, and spiritual benefits five times a day as Muslims assume certain positions while reciting Qur’an and athkar (remembrances).

If you’re interested, read further…


The Muslim prayer has five positions, and they all have a corresponding relationship with our spiritual and mental well being, according to modern scientific research.


The Takbir and Al Qiyyam (mountain pose in Yoga) - found to improve posture, balance, and self-awareness. Normalizes blood pressure, breathing, thus providing many benefits to asthma heart patients.


Placement of hands on the chest during the Qiyyam position - activates the nerve pathway, which directs our awareness of self in the world and controls the health of the muscular system, skin, intestines, liver, pancreas, gallbladder and eyes.


When the hands are held open for du’a, they activate the heart ; center of the feelings of love, harmony, and peace, and to control love and compassion. It also governs the health of the heart, lungs, thymus, immune system, and circulatory system.


When Muslims recite the Qur’an, old thoughts, feelings, fears and guilt are released or healed, and blood pressure and stress levels are reduced. Some specific sounds, in fact, correspond to major organs in the body. Vibrations made when pronouncing the long vowels, 'A', 'E' and 'U,' stimulated the heart, lungs, and the thyroid, pineal, pituitary, and adrenal glands.

The position of Ruku (forward bend) stretches the muscles of the lower back, thighs, legs and calves, and allows blood to be pumped down into the upper torso. It tones the muscles of the stomach, abdomen, and kidneys. Forming a right angle allows the stomach muscles to develop, and prevents flabbiness in the mid-section.


It also promotes a greater flow of blood into the upper regions of body – particularly to the head, eyes, ears, nose, brain, and lungs – allowing mental toxins to be released.


The Sujud - activates the person’s spiritual connection with the universe around them and their enthusiasm for spiritual pursuits. This nerve pathway is also correlated to the health of the brain, nervous system, and pineal gland. Controls basic human survival instincts and provides essential grounding. This helps to develop levelheaded and positive thinking along with a highly motivated view of life, and maintains the health of the lymph and skeletal systems, the prostate, bladder, and the adrenal glands.


The position of Al Qaadah) -(Thunderbolt Pose in yoga), which firms the toes, knees, thighs, and legs. good for those prone to excessive sleep, and those who like to keep long hours. Furthermore, this position assists in speedy digestion, aids the detoxification of the liver, and stimulates peristaltic action in the large intestine.


Last, but not least, the by turning the head towards first the right and then the left shoulder in the closing of the prayer - This nerve path is linked to the throat, neck, arms, hands, bronchials, and hearing – effecting individual creativity and communication.

Resepi Mesti Cuba



Beriani Berempah Mudah

Bahan-Bahan:
2 camca besar minyak sapi
1 camca teh jintan manis
1 biji bawang besar, dihiris
225 gm beras Basmathi, dibasuh dan sejat
1 camca besar rempah kari daging
350 ml air panas
4 cm kulit kayu manis
50 gm kismis
8 biji pelaga, diketuk
½ camca teh serbuk kunyit
50 gm kepingan badam


Cara:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
Tumis jintan manis dan bawang besar hingga perang.
Masukkan beras dan rempah. Kacau sebati.
Masukkan air kulit kayu manis, kismis, pelaga dan serbuk kunyit.
Masak di atas api sederhana hingga air beras kering.
Tutup periuk dan perlahankan api. Biarka hingga nasi betul-betul masak.
Apabila nasi masak hidangkan di dalam pinggan dan tabur kepingan badam.


Something To Share With......

Tips From Rapi Cergas

10 Tip Jadikan Senaman Lebih Seronok!
Berteman

Melakukan sesuatu secara berkumpulan pasti mampu menjadikan sesuatu aktiviti itu lebih menyeronokkan bukan? Namun pastikan teman yang anda ajak itu mempunyai matlamat yang sama seperti anda. Sekurang-kurangnya anda dapat memberi semangat di antara satu sama lain. Saingan juga akan menjadi lebih sihat.

Pakaian Sukan Baru

Belilah pakaian dan kasut sukan yang baru dan menarik warnanya. Ini akan menaikkan lagi semangat anda untuk bersukan dan memakainya selalu. Anda juga boleh bergaya dengan topi atau aksesori-aksesori sukan yang lain seperti wrist band, head band, topi dan sebagainya. Asalkan sesuai dengan jenis aktiviti yang ingin anda lakukan.

Bijak Memilih Aktiviti

Jadikan aktiviti anda sesuatu yang lebih mencabar. Ini akan menyebabkan anda lebih bersemangat dan membuat persiapan dari segi fizikal dan mental untuk melakukannya. Elakkan mengikuti jadual atau aktiviti yang membosankan dan sama setiap hari. Ini hanya akan mengurangkan minat anda terhadap aktiviti senaman.

Kick Boxing

Mungkin kedengaran agak lasak bagi seorang wanita namun kebelakangan ini kick boxing semakin mendapat tempat di hati wanita. Selain membentuk tubuh badan yang lebih cergas, kick-boxing juga sering dikaitkan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Apa kata anda mencubanya.

Tentukan Matlamat

Tentukan apakah matlamat anda. Contohnya apa yang ingin anda capai dalam tempoh 2 bulan ini? Dengan cara ini ia mungkin dapat membantu anda berusaha lebih keras untuk membuktikan yang anda boleh!

Gambar

Ambil gambar anda pada setiap bulan sebagai rekod. Tentu anda gembira jika hasilnya memuaskan.
Jangan Lupa Muzik!

Muzik sememangnya dapat membantu menjadikan aktiviti anda lebih menyeronokkan. Pemilihan lagu yang rancak lebih sesuai bagi tujuan seperti ini.

Hargai Apa Yang Telah Anda Lakukan

Berilah ganjaran pada diri sendiri setiap kali anda dapat melakukan aktiviti sukan atausetiap kali anda berjaya mendisplinkan diri anda untuk ke gimnasium mengikut jadualyang ditetapkan. Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda dapat melihat rekod pencapaian anda.

VCD/ DVD Senaman

Cubalah bersenam melalui video senaman. Pastikan ia mampu menarik minat anda sekeluarga untuk turut serta. Tidak kiralah yang berbentuk tarian atau senamansenaman lain. Yang penting anda semua mampu melakukannya sambil bergembira.

Jangan hentak kaki ketika berjoging

Joginglah selama mana yang anda mampu. Jika anda bimbang rasa semput ketika sedang melakukan aktiviti joging, mulakan dengan lari setempat di tempat tertutup. Ketika berjoging, jangan hentakkan tapak kaki anda kerana anda akan menggunakan banyak tenaga dan seterusnya menyebabkan anda cepat letih. Bunyi tapak kasut yang kuat menunjukkan anda sebenarnya menghentak kaki. Ini merupakan teknik yang kurang tepat dan cepat meletihkan anda.

Manfaat Skiping To Myself



Latihan 'skipping' memberi banyak manfaat antaranya seperti meningkatkan denyutan jantung, melancarkan pengepaman darah ke seluruh badan dan meningkatkan metabolisme. Selain itu, ia juga merupakan latihan yang mampu mencergaskan badan seterusnya merangsang andauntuk melakukan sesuatu aktiviti dengan pantas. Malah, para atlit juga mengamalkan latihan 'skipping' ini untuk meningkatkan kekuatan otot dan ketahanannya. Sekiranya berjalan selama 30 minit boleh mengurangkan tekanan, bayangkanlah apa yang mampu anda perolehi dengan melakukan 'skipping' selama 30 minit.

Overlooked Fat Loss Factor




We're often told that losing weight is a simple mathematical equation of calories in, calories out. Burn more calories than you eat and you’ll lose fat. However, is it really that simple? The truth is that the actual “number” of calories you consume is not the only factor that affects your fat-loss efforts. In this article, we’ll discuss five other things that should be considered when determining the effect of your diet on your waistline, primarily overlooked fat loss factors. Incorporate this knowledge into your workout and nutrition routines and soon you'll be ripped like Ryan Reynolds -- and attracting the Angelina Jolies and Kim Kardashians of the gym for it.


1- The thermic effect of the food you eatThe thermic effect of food (TEF) measures the amount of energy that is required to support the processes of digesting, absorbing and assimilating food nutrients as well as the energy expended as a result of the central nervous system's stimulatory effect on metabolism when food is ingested. Of the three macronutrients, protein carries the highest thermic effect. Eat more protein; burn more calories.


2- The fiber content of the food you eatDue to its chemical makeup, fiber is classified as a carbohydrate; however, it is unlike other carbohydrates in that it is an indigestible nutrient. Even though each gram of fiber contains four calories, these calories will remain undigested and will not be absorbed. Therefore, if you were to consume 300 calories of red beans (a food in which nearly 1/3 of the caloric content is from fiber), approximately 100 of these calories would pass through your intestinal tract undigested.


3- The glycemic and insulin indices of the food you eatThe glycemic and insulin indices are scaled numbers that refer to how quickly a particular carbohydrate source enters the bloodstream as sugar and how much insulin is needed to rid that sugar from the bloodstream, respectively. Generally speaking, there is a positive relationship between the two; the quicker sugar enters the bloodstream, the more insulin is needed to rid that sugar from the bloodstream. When high levels of insulin are present within the blood, fat burning is brought to a screeching halt, which is anything but desirable for those whose goal it is to obtain a lean, muscular physique. Don't let this be an overlooked fat loss factor.


4- The different macronutrients present in the food you eatAlthough insulin's primary function is to shuttle glucose (sugar) into skeletal muscle, it also carries many other nutrients to their respective storage sites -- this includes lipids (fat). Since carbohydrate ingestion stimulates a large insulin response and fat ingestion gives rise to blood lipid levels, when the two are consumed together, they promote the greatest fat storage.

Kenangan KU

Di puncak gunung kinabalu......tgh getap bibir...sejuk tak tertahan...

Gambar ni diambil selepas pentauliahan di USM...
LTM JULIAH JUMPIL.....hehehhhheeh

Yang ni pulak bersama LTM Jefrey semasa majlis makan malam beradat di Sutera Harbour..pakaian ni dipanggil mes kit.



Yang bergelar Hawa




Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...



Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...Jinakkan diri kepada allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

warkah buat Hawa

Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,

andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,ingatlah hawa janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimkerana aku khuatir dari mata jatuhke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang solehtidak memilih wanita melaluikeseksiannnya,lelaki yang warak tidak menilaiwanita melalui keayuannya,keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cintakerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.Andai ditakdirkantiada cinta daripada adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhidan menyinarikekosongna jiwamu,biarlah hanyacinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplahsekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senangkeranakau akan memperolehi cinta daripada insan yangjuga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamukerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.Janganlah sesekalitangan yang mengoncang duniajuga yang mengoncang iman lelaki.

Memburu Segulung Ijazah Sarjana


Inilah yang dinanti-nantikan selepas berpenat lelah selama hampir 2 tahun....mungkinkah? Berkat usaha, doa dan tawakal Insya Allah kesampaian jugak akhirnya......

17 November 2008

Projek Masa Cuti KU





Kira masa cuti ni mau tolong mummy saya tanam cili ni....Kira baru mau start, baru buat benih dia. Tanah saya beli di Kota Marudu. Tanah tu campuran hampas kelapa sawit, tanah hitam, baja organik. Benih cili dan lada tu saya biar mummy saya yang pilih dan ambil. Ni bukan pic sebenar....pic ni saya ambik dari blog http://syahrulazariagrofarming.blogspot.com.

Kira mau tuntut ilmu dari dia lah ni....ndak tau lah projek ni berjaya atau tidak tapi doa-doakanlah ya. Insya Allah....

Nasihat Kehidupan




1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4.. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK . Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Selamat Bercuti-Cuti Semua




Hai bi and dzu...aku memang di sini dzu....masih mengajar di Kudat bah ni. Husband di tawau tengah operasi sekarang, 6/12 di balik sungai buloh. Lama sudah ndak update blog ni. Sibuk bah...minggu lepas sebelum start cuti sekolah 9-12 hb 11 tu kursus amali jahitan untuk kerja kursus budak-budak ert men atas tahun depan, hari khamis tu urus penilaian tahap kecekapan pulak untuk guru-guru ( ah..yang ini ada cerita panas) pastu hari jumaat pulak pengemaskinian data operasi menengah sekolah saya pulak. Minggu ni hari khamis exam final sem di UMS...very de busy kan.....

OH yah...pasal cerita panas tu kan....saya ni biasalah kalau orang yang kenal saya akan cakap saya ni cepat hot dan sensitif. Mau dijadikan cerita pendaftaran PTK ni due dia hari khamis tu, saya pulak baru balik dari kursus amali sebelum tu memang sudah minta pen.guru data tolong handle sementara saya kursus. Masalah ni timbul bila PK Kanan tanya pasal pendaftaran PTK dia. Yang kami dimaklmunkan dan diberitahu cuma pendaftaran PTK untuk DG41, PK ni DG44. So saya ndak lah buat pandaftaran PTK dia.

Saya rasa mcm dia ni ndak faham yang dia baru jak buat tugasan PTK dia dan belum lagi keluar result dia mau suda daftar PTK untuk tahun depan. Pagi khamis minggu lepas tu saya dengan muka yang ndak puas hati teruslah ckp direct dengan dia....apa masalah dengan pendaftaran PTK puan ni? kan puan baru jak siapkan tugasan PTK puan, belum lagi keluar result kenapa puan mau daftar lagi, puan mcm mau push saya jak daftar untuk puan.....mcm tu lah lebih kurang bunyi dialog tu....

Memang kurang ajar jugak kan....tapi ntahlah mcm ndak fikir suda semua tu....saya minta lagi penjelasan dia....dia bagi taulah yang dia dapat tau dari PK-PK sekolah lain....saya masih ndak puas hati. saya check balik arahan pendaftaran tu dan memang ada sebab dorang ada format baru , ndak perlu buat tugasan cuma duduk ambik paper exam objektif. malu memang malu jugak lah masa tu tapi saya puas hati dapat luahkan apa yang saya ndak puas hati masa tu.

Moral of the story.....jangan cepat melenting, control yourself, jangan tunjukkan ketidak profesionalisme tu, ambii tindakan yang sepatutnya....

End of the day...saya dapat daftarkan jugak PK kami tu....setelah berulang alik ke PPD kemudian saya rasa lebih terbuka lah dengan PK saya....didn't need to hide myself. Saya dapat terima kesilapan saya dan puan tu jugak boleh bersabar dengan saya heheheheh......satu percubaan yang baik untuk jadi PK cemerlang kan???????