18 November 2008

Yang bergelar Hawa




Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...



Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...Jinakkan diri kepada allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

warkah buat Hawa

Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,

andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,ingatlah hawa janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimkerana aku khuatir dari mata jatuhke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang solehtidak memilih wanita melaluikeseksiannnya,lelaki yang warak tidak menilaiwanita melalui keayuannya,keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cintakerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.Andai ditakdirkantiada cinta daripada adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhidan menyinarikekosongna jiwamu,biarlah hanyacinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplahsekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senangkeranakau akan memperolehi cinta daripada insan yangjuga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamukerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.Janganlah sesekalitangan yang mengoncang duniajuga yang mengoncang iman lelaki.

No comments: