21 November 2008

Full House...

Disebabkan rasa best sangat tengok drama ni, saya pun letak lah dalam blog ni. Siapa-siapa yang belum tengok tu carilah-carilah vcd/dvd cerita ni k. Memang best untuk release tension dan untuk tontonan seisi keluarga....

Saya memang jarang tengok cerita korea bersiri ni, member-member semua cakap saya sudah ketinggalan tengok cerita ni tapi ndak kisahlah yang penting sudah tengok dan kita puas hati kan....

Hari Khamis kelmarin saya dengan member pegilah Wisma Merdeka cari kek dan hadiah untuk birthday adik saya si yunyun...kebetulan di Wisma tu ada jualan untuk pungut derma. Barang-barang yang dijual semua dari Korea. Dan penjual-penjual tu pulak semua dari Korea. Terasa berada di Korea pulak masa tu....antara barang-barang yang dijual seperti baju, buku-buku, cd, makanan korea ceperti kimchi dan sushi dorang....terasa mau beli tapi takut ndak halal. Saya pun ada beli satu, dan barang yang saya beli tu adalah tali skipping dengan harga RM2.00 heheheh...cantik bah tali skipping tu warna-warni lagi tapi yang paling mahal tu adalah tali skipping tu sudah naik flight dari Korea....Memang nampak banyak barang-barang second hand but still in a good condition....so sesiapa yang berada di Sabah jangan lupa datang ke Wisma Merdeka k. Ndak tau pulak sampai bila dorang di sana....
Mari belajar bahasa korea......
[ Ne.(ye.)]Ya.
[Anio.]Tidak. (Bukan.)
[Yeoboseyo.]Halo.
[Annyeong-haseyo.]Apa kabar.
[Annyong-hi gyeseyo.]Selamat tinggal.
[Annyeong-hi gaseyo.]Selamat jalan.
[Eoseo oseyo.]Selamat datang.
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]Terima kasih.
[Cheonmaneyo.]Kembali. (Sama-sama.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]Minta maaf. (Mohon maaf.)
[Gwaenchansseumnida.]Tidak apa-apa.
[Sillyehamnida.]Permisi.

2 comments:

nanie kk said...

yup...best kan tu cerita...aku pun baru tengok 2 3 minggu yg lalu...

Me and hubby said...
This comment has been removed by the author.