18 November 2008

Tips From Rapi Cergas

10 Tip Jadikan Senaman Lebih Seronok!
Berteman

Melakukan sesuatu secara berkumpulan pasti mampu menjadikan sesuatu aktiviti itu lebih menyeronokkan bukan? Namun pastikan teman yang anda ajak itu mempunyai matlamat yang sama seperti anda. Sekurang-kurangnya anda dapat memberi semangat di antara satu sama lain. Saingan juga akan menjadi lebih sihat.

Pakaian Sukan Baru

Belilah pakaian dan kasut sukan yang baru dan menarik warnanya. Ini akan menaikkan lagi semangat anda untuk bersukan dan memakainya selalu. Anda juga boleh bergaya dengan topi atau aksesori-aksesori sukan yang lain seperti wrist band, head band, topi dan sebagainya. Asalkan sesuai dengan jenis aktiviti yang ingin anda lakukan.

Bijak Memilih Aktiviti

Jadikan aktiviti anda sesuatu yang lebih mencabar. Ini akan menyebabkan anda lebih bersemangat dan membuat persiapan dari segi fizikal dan mental untuk melakukannya. Elakkan mengikuti jadual atau aktiviti yang membosankan dan sama setiap hari. Ini hanya akan mengurangkan minat anda terhadap aktiviti senaman.

Kick Boxing

Mungkin kedengaran agak lasak bagi seorang wanita namun kebelakangan ini kick boxing semakin mendapat tempat di hati wanita. Selain membentuk tubuh badan yang lebih cergas, kick-boxing juga sering dikaitkan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Apa kata anda mencubanya.

Tentukan Matlamat

Tentukan apakah matlamat anda. Contohnya apa yang ingin anda capai dalam tempoh 2 bulan ini? Dengan cara ini ia mungkin dapat membantu anda berusaha lebih keras untuk membuktikan yang anda boleh!

Gambar

Ambil gambar anda pada setiap bulan sebagai rekod. Tentu anda gembira jika hasilnya memuaskan.
Jangan Lupa Muzik!

Muzik sememangnya dapat membantu menjadikan aktiviti anda lebih menyeronokkan. Pemilihan lagu yang rancak lebih sesuai bagi tujuan seperti ini.

Hargai Apa Yang Telah Anda Lakukan

Berilah ganjaran pada diri sendiri setiap kali anda dapat melakukan aktiviti sukan atausetiap kali anda berjaya mendisplinkan diri anda untuk ke gimnasium mengikut jadualyang ditetapkan. Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda dapat melihat rekod pencapaian anda.

VCD/ DVD Senaman

Cubalah bersenam melalui video senaman. Pastikan ia mampu menarik minat anda sekeluarga untuk turut serta. Tidak kiralah yang berbentuk tarian atau senamansenaman lain. Yang penting anda semua mampu melakukannya sambil bergembira.

Jangan hentak kaki ketika berjoging

Joginglah selama mana yang anda mampu. Jika anda bimbang rasa semput ketika sedang melakukan aktiviti joging, mulakan dengan lari setempat di tempat tertutup. Ketika berjoging, jangan hentakkan tapak kaki anda kerana anda akan menggunakan banyak tenaga dan seterusnya menyebabkan anda cepat letih. Bunyi tapak kasut yang kuat menunjukkan anda sebenarnya menghentak kaki. Ini merupakan teknik yang kurang tepat dan cepat meletihkan anda.

No comments: