Wahhhhh....banyak sungguh panggilan-panggilan telefon dan sms dari rakan-rakan yang menyatakan mereka telah selamat melahirkan baby.......ramai yang dah dapat org baru sebelum raya menjelang ni.......Tahniah buat semua rakan-rakan.....semoga kegembiraan kalian akan menjadi kegembiraan buat saya jugak bila tiba masanya nanti......
Hari ni seperti biasa masih melakukan rutin pemeriksaan kandungan seperti yang dijadualkan....saat-saat menanti kelahiran ini sungguh terasa. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Terasa sangat yang baby dah semakin ke bawah...bagaimanalah saat masa melahirkan nanti? Belakang pun dah mula sakit, berjalan pun dah seperti biasa lagi.....maklum lah tinggal 2 minggu lebih sahaja lagi....
Sejak dua, tiga hari ni keadaan emosi agak sedikit terjejas disebabkan oleh panggilan-panggilan telefon yang kurang menyenangkan...mujurlah ada adik dan suami yang banyak membantu. Ya Allah minta lah dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan dan tidak diingini berlaku dalam keadaan ku yang begitu lemah ini. Semoga kekuatan yang masih berbaki ini digunakan untuk melahirkan anak ini dalam keadaan sihat dan selamat.....hanya kepada Mu aku meminta Ya Allah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.....
No comments:
Post a Comment