21 August 2010

Salam Ramadhan

Dah hampir 9 bulan di Sg.Buloh sejak berpindah mengikut suami ke sini. Merasai suasana persekitaran kerja yang baru, rakan kerja yang baru, pelajar-pelajar yang baru, terasa excited dan risau jugak takut tidak dapat menyesuaikan diri pada mulanya. Tapi sehingga ke hari ini nampaknya dah boleh adapt dengan semua tu. Sukur alhamdulillah....semua rakan sekerja amat prihatin dan ramah. Tidak lokek dengan ilmu dan layanan mesra.

Insya Allah mudah-mudahan selepas ini akan lebih mudah lagi, selepas dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya nanti.


Ramadhan di perantauan.......jauh dari keluarga tapi dekat dgn suami : ).....pertama kali berpuasa bersama dgn suami dan Insya Allah akan menyambut aidil fitri buat kali pertama di rumah sendiri (kuarters jer...) bersama suami.... Cuma agak sedikit tak larat sebab kandungan dah sampai 35 minggu....Insya Allah akan bersalin 24 hb ni.....Persediaan bersalin, barangan bayi semuanya dan disediakan....persediaan raya pulak ala kadar sahaja....risau masa tu beraya dalam hospital......sukar nak jangka jugak masa bersalin ni sebab anak pertama....Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan....semoga saya dan suami dapat mendidik anak ini dengan penuh kasih sayang dan agama....

No comments: