11 November 2010

Breast Feeding.................


Eh..eh..eh ...apa ni.....?Ada beg pastu ada botol susu lagi......kalau nak tau inilah beg penghasilan produk tenusu asli dari ibu.....maksudnya peralatan pengepam susu ibu lah ni.


Skrg ni dah masuk kerja terpaksalah mengepam susu dari sekolah. Beg ni lah yang diusung ke sekolah di samping beg untuk peralatan sekolah yang lain. Sepatutnya kena pam dalam tempoh 2 hingga 3 jam sekali tapi kengkadang masa tak mengizinkan cuma sempat pam sekali jer pastu balik dah ke rumah dalam jam 1.05 tengahari.


Kalau dah balik rumah, itu dah kira penyusuan terus susu ibu kepada bayi lah. Saya masih belajar lagi dan perlu banyak belajar lagi. Sekarang ni saya suka membaca blog farah and sara kids untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai breastfeeding. Anda di luar sana pun bole melayari blog tersebut. Klik http://www.sarakids.com/blog/



10 November 2010

Back To School

Akhirnya tamatlah sudah cuti-cuti bersalin saya hehehehe, tapi minggu depan ada cuti sekolah lagi...yahooooo....bestnya...

Sekarang ni ada di sekolah, teringat-ingat dengan Huda ( My Precious Little Princess ), mcm mana dah keadaannya.
Aikk...kenapa senget mulut tu......Huda tengah senyum lah umie.....hehehehe.... Seronok jadi ibu ni walaupun segala-galanya berubah. Bangun awal dari biasa, persiapan nak pergi sekolah pun kena buat lebih awal.....lain lagi masa menyusukan baby Huda pagi-pagi buta tu lagi.....tapi semuanya pengalaman yang menyeronokkan.....

Baby Huda skrg ni pakai CD....apa CD? bukan compact disk ye....tapi cloth diapers....skrg ni baby Huda pakai brand Lunatots, senang, mudah dan menjimatkan ( tengah mempromote ni ....heheheh)... Nampak tak seluar yang warna biru tu...itulah CD lunatots yang baby Huda pakai. Sekarang ni cuma ada 10 je, kira nak tambah dalam 5 lagi.......kepada ibu-ibu yang kat luar sana masih mencari-cari produk CD yang jimat dan berkualiti belilah CD keluaran Lunatots. Pada permulaannya untuk membeli CD ni memerlukan sedikit modal tapi tak lah banyak dan sangat berbaloi......
Sekarang baby Huda baru masuk 2 bulan...CD ni sangat fleksibel sebab bole dilaraskan mengikut saiz baby...Ok itu sahaja buat masa ni.....nanti kita update lagi
























01 September 2010

Orang Baru.....

Wahhhhh....banyak sungguh panggilan-panggilan telefon dan sms dari rakan-rakan yang menyatakan mereka telah selamat melahirkan baby.......ramai yang dah dapat org baru sebelum raya menjelang ni.......Tahniah buat semua rakan-rakan.....semoga kegembiraan kalian akan menjadi kegembiraan buat saya jugak bila tiba masanya nanti......
Hari ni seperti biasa masih melakukan rutin pemeriksaan kandungan seperti yang dijadualkan....saat-saat menanti kelahiran ini sungguh terasa. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Terasa sangat yang baby dah semakin ke bawah...bagaimanalah saat masa melahirkan nanti? Belakang pun dah mula sakit, berjalan pun dah seperti biasa lagi.....maklum lah tinggal 2 minggu lebih sahaja lagi....
Sejak dua, tiga hari ni keadaan emosi agak sedikit terjejas disebabkan oleh panggilan-panggilan telefon yang kurang menyenangkan...mujurlah ada adik dan suami yang banyak membantu. Ya Allah minta lah dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan dan tidak diingini berlaku dalam keadaan ku yang begitu lemah ini. Semoga kekuatan yang masih berbaki ini digunakan untuk melahirkan anak ini dalam keadaan sihat dan selamat.....hanya kepada Mu aku meminta Ya Allah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.....

27 August 2010

Nuzul Al-Quran

Secara ringkasnya nuzul al-quran ini adalah satu proses penurunan al-quran secara berperingkat daripada Allah s.w.t kepada Rasullullah s.a.w ...jika nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke http://www.kaizenshinobi.com/2010/08/hikmah-di-sebalik-nuzul-al-quran.html


TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM
TAHUN 2010 / 1431 - 1432 H BAGI MALAYSIA


Selangor hari ni cuti sempena Nuzul Al-Quran, walaupun cuti kena g sekolah jugak disebabkan komitmen terhadap projek liga remaja kreatif bersama-sama dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 ni. Sambil-sambil memantau hasil kerja pelajar ini sempatlah jugak menjengah blog kak sue http://www.diyaluna.com/ melihat tips-tips menggunakan Cloth Diapers daripada Lunatots....memang berbaloi......

Memang bagus lah wanita sekarang ni....bersemangat sungguh dalam menjalankan bisnes dan perniagaan disamping membantu para ibu untuk mencari penyelesaian terbaik dalam memilih dan menggunakan lampin.....termasuklah saya yang baru nak masuk dalam alam ibu....semoga pengalaman kak sue dan yang lain-lain membantu saya untuk menggunakan Cloth Diapers ni....

23 August 2010

Mid Valley on the weekend

Wahh.....seronoknya bershopping kat mid valley, kebetulan ada ekspo parenthood...tak sangka pulak dapat jumpa dengan kak farah http://www.sarakids.com/blog/ dan














Masa ni lah mengenali dengan betul-betul apakah itu CD (cloth diaper) dan BF (breast feeding) ....lepas ni memang nak kena cuba semua ni.....cuma peralatan BF tak complete lagi....Insya Allah gaji nanti.....kepada semua staf lunatot dan sara kids ...anda semua memang best....info sangat lengkap dan layanan sungguh baik.......two thumbs up......hehehehehe......hopefully dapat jumpa lagi lepas ni.......


21 August 2010

34 hari lagi......



August 21st ,2010
35 weeks & 1 days.
3rd trimester
34 days to go.







Things to know..


Your due date is an estimate, it is an average. In the chart below you can see the reality. At the beginning of week 38, -2 weeks before the due date-, 2 out of 10 women already gave birth. At the beginning of week 39, -1 week before the due date-, 4 out of 10 women gave birth. At the beginning of week 40, -the due date-, 7 out of 10 women gave birth. At the beginning of week 41, -1 week after the due date- 9 out of 10 women gave birth.





Salam Ramadhan

Dah hampir 9 bulan di Sg.Buloh sejak berpindah mengikut suami ke sini. Merasai suasana persekitaran kerja yang baru, rakan kerja yang baru, pelajar-pelajar yang baru, terasa excited dan risau jugak takut tidak dapat menyesuaikan diri pada mulanya. Tapi sehingga ke hari ini nampaknya dah boleh adapt dengan semua tu. Sukur alhamdulillah....semua rakan sekerja amat prihatin dan ramah. Tidak lokek dengan ilmu dan layanan mesra.

Insya Allah mudah-mudahan selepas ini akan lebih mudah lagi, selepas dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya nanti.


Ramadhan di perantauan.......jauh dari keluarga tapi dekat dgn suami : ).....pertama kali berpuasa bersama dgn suami dan Insya Allah akan menyambut aidil fitri buat kali pertama di rumah sendiri (kuarters jer...) bersama suami.... Cuma agak sedikit tak larat sebab kandungan dah sampai 35 minggu....Insya Allah akan bersalin 24 hb ni.....Persediaan bersalin, barangan bayi semuanya dan disediakan....persediaan raya pulak ala kadar sahaja....risau masa tu beraya dalam hospital......sukar nak jangka jugak masa bersalin ni sebab anak pertama....Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan....semoga saya dan suami dapat mendidik anak ini dengan penuh kasih sayang dan agama....

07 December 2009

Nur Kasih - Episod 26


Nur spent her time with the kids at the mosque. One day, Aidil saw Nur crying, tears
falling down her cheeks. Aliya went to Adam. She reminded him that she gave her
consent…Aidil approached Nur telling her he’s willing to take care of her. Bewildered,
Nur shook her head gently. Nur didn’t want to be in between Aidil and Aliya, so she left
for KL. Aidil and Aliya sent her to the railway station. When the train stopped, a bearded
guy went down. Nur, Aidil and Aliya didn’t notice his arrival. Nur bowed and shook
hands with Aidil and Aliya. Nur’s scarf blown by the wind and she went aboard the train.
In the train, Nur was looking outside. Adam came beside her and greeted salaam. Nur
was surprised, looked at him, thankful and praised Allah. She knew that Adam will
return to her. They hugged.

Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur
menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan
mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga
Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur
membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi
penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil
dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau
Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur
terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar,
Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur..
dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.

~ Tamat ~

Nur Kasih - Episod 25

Aliya approached Nur and told her that she permits Aidil to marry Nur if that’s their fate.
Nur shook her head affirming her love’s only for Adam for eternity. Nur e-mailed Adam
everyday. She’d told Adam her life’s experience just like what Adam did before. Even
though she tried to be jovial in her emails, she’ll break down in tears after writing them.
In Mumbai, Adam cried too reading his emails in Mumbai. Adam’s all hairy now, keeping
his moustache and beard. His friend asked don’t you want to go back home? Adam said,
for the first time in his life, he wants to sacrifice for his brother. All his life, Aidil has
sacrificed everything for him, but now he wants Aidil to be happy. Sarah who noticed
that her sister wrote to Adam everyday felt so guilty. Without Nur knowing, Sarah
started writing to Adam.


Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur
jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap
menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada
Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu.
Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata.
Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai
dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama
kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia.
Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup
bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.

Nur Kasih - Episod 24

6 months later, Nur and Mother praying together for Adam. Mother was worried about
her how long she could endure living alone like this? Nur said, “Adam waited long for
me, Mother, and I’ll wait for him forever”. Aidil’s feeling lost, losing Adam and Aliya. Nur
persuaded him to meet Aliya. Aidil met Aliya. He’s willing to let her go if that’s what she
wants. Aliya was sad, asking whether that’s what he wanted all along. Aidil is confused.
Aliya said she knows that Nur’s all alone now maybe Aidil wants to marry her. Aidil
denied and told her what happened, and so did Aliya. They finally realized that it was all
Sarah’s deed. Aliya and Aidil were back together. When Aidil sat, talking to his mother,
both looked at Nur who was smiling sadly. Mother asked him, if it’s destiny that Adam
died, is he willing to marry Nur? Aliya overheard the question. Aidil replied, he couldn’t
bear dividing his love. Aliya was touched. She looked at Nur.


6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur,
Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal,
kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya
bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali
apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aliya dia tahu Nur bersendiri mungkin
Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya
juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan
Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat
keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi,
sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak
sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.

Nur Kasih - Episod 23

Aidil found Aliya has gone back to her parents’ house. He tried to meet Aliya, but she
wanted to be alone. Sarah poisoned Aidil’s mind that Aliya missed the lavishness that
her parents pampered her with. Aidil conceded and heartbroken, knowing that he could
never satisfy his wife. He went to meet Adam who was not that symphathetic. Adam
asked if Aidil was sincere in his love for Aliya. Aidil felt humiliated when asked as such.
Nur also noticed that Adam is avoiding her. Adam got a job in Mumbai, before leaving
he apologized to Aidil for all the misdeeds he’d done. After Adam left, Nur was shocked
upon watching news when it showed Mumbai was attacked by terrorist, and Adam’s
hotel was invaded. Trembling, Nur called Aidil. They failed to get any confirmation from
Wisma Putra. Mother never stopped praying for Adam’s safety. Nur decided to go there,
upon receiving news that Adam was in his room during the attack. However his body
was not found and has been classified as missing.


Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya
mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan
kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu
memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang
tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina
ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke
Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang
terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang
pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian
dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk
keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada
dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan
sebagai hilang.

Nur Kasih - Episod 22

Sarah’s getting busier poisoning Aliya’s mind. She plots to make Aliya see the intimacy
between Aidil and Nur herself. She told Nur, according to Aliya, Aidil still has feelings for
her thus making their relationship falling apart. In disbelief, Nur asked to meet Aidil to
clarify. Nur asked if he has feelings for her more than he should. Aidil confessed yes he
did loved Nur once. Unknowingly, Sarah brought Aliya along to overhear their
conversation. Aliya’s face turned pale. And unexpectedly, Adam overheard the
conversation too. Aidil added, Nur is a perfect woman whom he thought he’ll be
married to but he is contented to sacrifice for Adam, letting go of the woman he loves
for his younger brother. Aliya couldn’t listen anymore, so she left. Adam choked
listening to his brother’s confession and left too. Aidil continued that’s from the past
which he had forgotten. Nur’s fate with Adam, and him with Aliya is all written. Nur was
relieved to hear Aidil’s explanation. Sarah smiled alone.


Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil
dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.
Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang
adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,
Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada
mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan
sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela
berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.
Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia
bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum
sendiri.

Nur Kasih - Episod 21

Aidil replied that was in the past there’s no other woman in his heart after meeting
Aliya. Aliya still wasn’t sure. Aidil tried to convince Aliya but their relationship is drawing
apart. Adam told Nur that he’s letting go of Katrina. Nur persuaded him not to but to be
patient. When they perform the Subuh prayers together, Katrina collapsed. They tried to
save her but it was too late, she died of brain aneurism. Everyone were shocked, she
didn’t show any symptoms at all. Adam, Nur and family visited Katrina’s grave. As if she
had forseen her death, Katrina had left a letter for Adam and Nur, to be happy together
and not to forget that the true light of love is actually the Love for God.


Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa
dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan
mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur
memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama,
Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut
doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan
keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina
meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya
tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..

Nur Kasih - Episod 20

Adam, Kat and Nur learned to live together under the same roof. Kat felt as if she’s in
the way of Adam’s and Nur’s happiness together and always give way. Adam tried to act
fair and just but he's in a deadlock, and shared his problems with Aidil. He felt that the
best way out is to divorce Katrina, his sense of responsibility deepens. He should be
guiding his wife, instead of letting her go and find her own way. Aidil said, he should
listen to his own heart. Aidil and Aliya were living happily even though sometime Aidil is
worried that Aliya couldn’t blend in but to Aliya, home is where her husband is no
matter where he’ll be. Sarah tried to break them up telling Aliya that Aidil actually loves
Nur. Aliya was shocked. Shamelessly Sarah said, Aidil actually should have married Nur,
but upon the late Haji Hassan’s final request, Adam got married to Nur instead but his
love for Nur never fades. Aliya was struck with jealousy. She asked Aidil to confess.


Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan
Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi
masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan
Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing
isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus
mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya
tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang
jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur.
Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya
mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan
dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu.
Dia minta Aidil berterus terang.

Nur Kasih - Episod 19

Adam and Nur, surprised by Katrina’s presence and her new hijab appearance. After she
left Adam, she went to her wayward lifestyle, partying every night, changing partners,
getting drunk. In Jakarta, she met a lady who got her closer to Islam. Adam blamed
himself for his failure to guide Katrina. Nur asked Katrina to stay with them for the time
being. Mother asked Nur and Adam who Katrina was. Nur tried to evade the question
but Adam didn’t want to lie to his mother anymore. Mother was shocked of the truth.
Adam now in dilemma as he feels guilty to Katrina. Adam’s willing to take her back, with
the consent from Nur. Katrina said she doesn’t want to take Adam from her, but to
share the love of a husband. Nur nodded and embraced her. Katrina said, Nur’s heart is
so noble, and prayed Allah protects her always.


Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina
menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri
setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang
wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal
dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina
sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini
Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap
Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada
Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur
angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah
S.W.T. melindunginya sentiasa.

Nur Kasih - Episod 18

The atmosphere was noisy filled with laughter from the villagers who’s making the
wedding preparation. Adam and Nur were teased for being so closed, romantically
together. Nur was trying to console Sarah who’s frustrated because Aidil is getting
married to somebody else. Nur said it is God’s will. Sarah said Aidil chose Aliya because
she’s from a wealthy family. Nur scolded Sarah. Nur congratulated Aidil and he wished
all the happiness for Nur and Adam. Nur wishes to meet Aliya soon. According to Aidil,
Aliya accepts him as he is. Sarah advised Nur to be careful not to be hurt again by Adam
but Nur is more confident with her decision, that Adam is the best choice for her. They
looked at each other and smiled. The wedding ceremony was pleasant… but then came
an uninvited guest…Katrina.


Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis.
Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa
kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh
ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur
Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat
Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut
Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar
tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam
pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis
berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak
diundang..Katrina.

Nur Kasih - Episod 17

A year later, Adam has set up his own architect firm specializes in Islamic Architecture.
He was surprised with a visit from Nur Amina. He asked if she was back for good and
found the happiness she’s been searching for. Nur nodded. She asked why he stopped
writing. Adam thought Nur never read his e-mails. Nur said she read every single one.
Adam invited Nur to join him to meet his family for Aidil’s wedding. She accepted and
Adam realised she just arrived from the airport. Adam and Nur reconciled, Aidil was
happy of their reunion. Adam grateful of his brother’s sacrifices. Aidil and Nur spent
their first true night together that night.


Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat
pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Amina yang
sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah
temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis
email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, tapi Nur kata
dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung
bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukur Adam dan Nur bersatu. Adam
berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka
menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam
pertama mereka dalam erti kata sebenar.

Nur Kasih - Episod 16

The girl was accompanied by her father and walking towards the same hotel where Aidil
is staying. As she entered, Mother holds Aidil’s hand. Mother is proud to have Aidil as a
son. She’s thankful for Aidil’s sacrifice that Adam is now repent. Mother wants the best
for Aidil and believes Aidil will get it someday. Aidil smiled, understood his mother’s
words, glanced at the girl. Mother asked Adam to let go of everything and let Nur go.
Adam said he won’t do it unless Nur asked for it herself. He’s still hopeful. Adam
received a letter from Nur who wrote she’d forgiven him and asked him to forgive her
too. She realized that she’s not a perfect wife and gave him her consent to find her
replacement. Adam replied for him, Nur is his everlasting wife. He finishes his letter with
a prayer.


Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat
Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata
dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini
kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang
terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah
gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam
dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh
harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga
pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan
mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak
akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia
menamatkan suratnya dengan sebuah doa.

Nur Kasih - Episod 15

In tears, Nur apologized to Mother and saw Adam tearful and Aidil smiled in sorrow. She
later reluctantly joined them for dinner and said she had to leave soon. Adam said Nur
didn’t have to run away when she sees him. It’s not his intention to chase her. If her
heart could accept him, he’ll be by her side and if she rejects him he’ll wait for her. Nur
was saddened but felt so afraid that she’ll be hurt by him again. Adam asked forgiveness
for all the mistakes he’d done to her. Adam said if Nur’s heart wishes, he would like to
walk to Masjidil Haram with her. Nur declined. Adam disappointed but content. Aidil
saw that and spoke to Nur that she is fated to be with Adam. He cried silently thinking of
his sacrifices. Mother prayed to God, “Give happiness to my son Aidil who’d sacrificed so
much and grant him a wife’s true love.” Once Mother’s teardrops touched the ground,
Aidil’s vision struck at the posture of a girl clad in pilgrim’s attire her glowing eyes
pierced Aidil’s heart.


Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam
memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam
bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali
berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima
Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur
terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya
memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil
Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil
melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis.
Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah
kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang
isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang
gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.

Nur Kasih - Episod 14

A year later, Nur is now working in Mecca as an agent managing Malaysian pilgrimage.
She is calm, enjoys living alone and has learned to forget Adam. In one of her trips, she
hears a voice giving salaam and replied. Adam standing in front of her. A new Adam in
ihram and shaved hair almost unrecognisable. Nur greeted him nicely, happy that he
was summoned to set his feet in the Holy Land. Adam invited Nur over to the hotel
where he’s staying, Nur rejected politely. Her heart has closed for Adam. Adam pleaded
for his mother’s sake who knows the truth. She has requested to see her. Nur’s
confused. She felt like running away. She recalled her employer’s advice, Ummu Majid
whom she treats like her foster mother. She said, problems can’t be solved by running
away. Settle it nicely. Aidil came to see Nur, also to convey his mother’s wish to meet
her. Nur agreed and asked for forgiveness. Nur tells him she does not want Adam there
but Aidil wants Nur to know that Adam has really changed this time.


Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia.
Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia
terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan
kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan
gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur
ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam.
Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu
teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat
majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada
masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur,
sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya
Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.